Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL semarak bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Seramai 40 orang ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), baru-baru ini, telah menghadiri aktiviti membaca Al-Quran dalam menyemarakkan bukan suci Ramadan ini.

    Aktiviti telah diadakan di kediaman salah seorang ahli persatuan di Kampung Perpindahan Rimba di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud yang memulakan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan juzuk pertama secara bergilir-gilir.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Rimba, Pengiran Haji Hashim bin Pengiran Ismail selaku tuan rumah; Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku pengerusi berterusan; Timbalan Yang Dipertua, Pengiran Mahari bin Pengiran Haji Mohd Tahir; dan Naib Yang Dipertua 1 merangkap Ketua Biro Wanita, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof.

    Pengiran Haji Nordin dan ahli-ahli PERBEKAL bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda