Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERBEKAL teruskan Program Infaq di daerah Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 20 OGOS – Persatuan PERBEKAL (Persatuan Belia Kampong Lambak) meneruskan program Infaq Jumaat, baru-baru ini, yang diadakan di bangunan Persatuan Saudara-saudara baru (PESATU), Kampung Lubok Pulau, Mukim Tanjung Maya Tutong.

    Program tersebut adalah tekad pemedulian untuk masyarakat yang tidak berkemampuan dan masyarakat yang memerlukan bantuan.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan infaq karpet oleh Pengiran Nordin yang mana infaq ini adalah hasil kutipan gabungan ahli-ahli PERBEKAL serta sumbangan individu persendirian.

    Selain itu, penyerahan infaq kepada dua keluarga asnaf terpilih telah disampaikan oleh Naib Yang Di-Pertua 1 Persatuan PERBEKAL merangkap Pengerusi Biro Wanita dan Ketua Bahagian Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof.

    Kunjungan yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan Silaturrahim antara dua buah persatuan sebagai sokongan PERBEKAL akan usaha PESATU dalam syiar Islam.

    Semasa kunjungan itu, PERBEKAL telah menyumbangkan kerja-kerja mengganti karpet baharu di bilik-bilik bangunan, dan di teruskan dengan penyerahan tiga gulung tikar untuk kegunaan bangunan berkenaan.

    Infaq Jumaat diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW itu dimulakan dengan bacaan doa yang di pimpin oleh Guru agama Persatuan PESATU, Ustaz Abd Rahman bin Haji Abd Rashid.

    Turut hadir di acara itu, Yang Di-Pertua Persatuan PESATU, Haji Hasbie Azrol bin Abdullah Liat dan Yang Di-Pertua Persatuan PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

    Persatuan PERBEKAL dan Persatuan PESATU bergambar ramai semasa kunjungan tersebut, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN PERBEKAL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda