Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbelanjaan global ketenteraan 2018 meningkat

    STOCKHOLM, 29 April – Kos perbelanjaan global bagi ketenteraan pada 2018 meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada AS$1.822 trilion, dengan Amerika Syarikat (AS), China dan Arab Saudi mengungguli senarai itu, lapor agensi berita Sputnik.

    Menurut kenyataan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) hari ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus berbanding 2017.

    Perbelanjaan global ketenteraan menunjukkan peningkatan dua tahun berturut-turut dan mencapai tahap tertinggi sejak data itu dikeluarkan buat pertama kali pada 1998.

    “Perbelanjaan dunia kini 76 peratus lebih tinggi daripada perbelanjaan perang pada 1998. Pada 2018 ia mewakili 2.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global atau bersamaan dengan AS$239 seorang,” jelas SIPRI.

    AS terus mengungguli carta negara paling banyak berbelanja untuk peperangan iaitu sebanyak AS$649 bilion. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda