Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbelanjaan Jepun menurun

    TOKYO, 30 Jan – Perbelanjaan keluarga Jepun merosot 0.1 peratus pada Disember berbanding setahun sebelumnya, menurut data kerajaan yang disiarkan hari ini, mencadangkan permintaan masih lembap dalam ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.

    Angka tersebut, dikeluarkan oleh kementerian hal ehwal dalam negeri, adalah lebih lemah berbanding jangkaan pasaran iaitu pertambahan sebanyak 1.5 peratus, namun satu set data pekerjaan berasingan menunjukkan gambaran bercampur.

    Kadar pengangguran meningkat 2.8 peratus pada Disember berbanding 2.7 peratus pada bulan sebelumnya. Namun nisbah pekerjaan yang ada berbanding mereka yang mencari pekerjaan meningkat kepada 1.59 – tahap tertinggi sejak Januari 1974, menurut kementerian buruh.

    Data terbaru keluar tatkala Jepun mencatat pertumbuhan ekonomi selama tujuh suku berturut-turut, tempoh positif paling lama selama 16 tahun – dengan Sukan Olimpik 2020 memberikan rangsangan kepada ekonomi.

    Namun ia telah bergelut untuk menyingkirkan kebimbangan deflasi, gagal mencapai sasaran kadar inflasi sebanyak 2.0 peratus yang ditetapkan oleh bank pusat, yang dipercayai penting untuk merangsang ekonomi.

    Kerajaan dan bank pusat berharap dapat melihat “kitaran lebih baik”, dengan pemulihan pimpinan eksport memberikan kesan positif ke atas pekerjaan dan pendapatan keluarga dan dengan itu merangsang permintaan domestik, yang menyumbang kepada kira-kira 60 peratus daripada ekonomi Jepun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda