Sunday, December 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2,240 bilion

    MOSCOW, 24 APRIL – Perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 3.7 peratus pada tahun lalu, sekali gus mencapai rekod tertinggi sebanyak AS$2,240 bilion yang menyaksikan perbelanjaan terbesar membabitkan negara Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia, menurut data terkini dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), kelmarin.

    “Perbelanjaan ketenteraan dunia meningkat pada 2022, tahun kelapan berturut-turut. Setakat ini, peningkatan paling mendadak dalam perbelanjaan (+13 peratus) ialah di Eropah,” lapor Sputnik.

    AS kekal sebagai negara yang paling banyak membelanjakan untuk ketenteraan iaitu mencecah AS$877 bilion pada tahun lepas, mewakili 39 peratus daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan global. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda