GAZA – Umat Islam di Tebing Gaza kini membuat persiapan menyambut Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Korban dalam keadaan berbeza daripada sebelumnya, selain berdepan dengan kesukaran disebabkan oleh krisis ekonomi, politik dan sosial.
Aidiladha disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia sebagai memperingati jasa Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak lelakinya demi ketaatannya terhadap perintah tuhan.
Walaupun cuti awam sudah dekat, barang-barang perhiasan bagi menyambut perayaan itu di pasar Gaza dilihat sangat berkurangan walaupun pasar itu dipenuhi dengan barang-barang, namun kebanyakan para pelanggan tidak teringin untuk membeli produk asas termasuk roti, beras dan daging.
Pasar Al-Zawia dianggap sebagai pasar yang luas dan paling sibuk di Gaza, namun kebanyakan pelanggan berada di sana pada hari-hari biasa hanya untuk melihat-lihat sahaja.
“Saya melihat barang-barang di pasar itu tetapi saya tidak mampu untuk membelinya kerana harganya yang mahal dan saya tiada wang,” kata Halima al-Shaikh, penduduk tempatan memberitahu kepada Xinhua semasa dia ingin membeli pakaian di gerai itu.


Halima tidak percaya bahawa wilayah itu akan kembali pulih, menyalahkan ahli politik dan masalah krisis antara punca perkara itu berlaku.
“Pada masa dahulu, wanita selalu menghabiskan masa seminggu untuk membuat persiapan Aidiladha, sekarang, tiada lagi seperti itu, hari itu semakin menjadi hari-hari biasa,” katanya. Seorang lagi pelanggan, ibu kepada enam orang anak berkata dia tidak menyambut Hari Raya Aidiladha sejak tahun 2007.
“Anak saya menunggu untuk cuti awam itu, namun saya tidak mampu untuk memberikan apa yang mereka mahu.”
Di sudut pasar itu, beberapa wanita mengelilingi tukang kasut Ahmed Abu Nowfal berusia 24 tahun yang sedang membaiki kasut pelanggannya. Nowfal memberitahu kepada Xinhua bahawa dia tidak mampu untuk membeli pakaian dan kasut baharu untuk anak lelakinya yang masih kecil.
“Beberapa pelanggan menyuruh saya untuk menukarkan warna kasut anak mereka supaya mereka boleh memberitahu anak masing-masing bahawa mereka telah membeli kasut baharu,” kata Ahmes Abu Nowfal, sambil menambah dia juga tidak mampu membeli pakaian baharu untuk anaknya.
“Saya ada AS$2.87, daripada membelanjakan lebih AS$57.50 untuk barangan baharu, lebih baik saya membaiki kasut, beg dan pakaian untuk menjimatkan wang,” kata Suhaila Mohammed sambil menunggu tukang kasut itu membaiki kasutnya.
Seperti lazimnya, membeli kasut baharu untuk kanak-kanak dan kuih-muih untuk menghidangkan tetamu yang datang merupakan rutin untuk menyemarakkan sambutan itu.
Tetapi situasi itu berubah bagi Mohammed Aljamal, yang melihat barangan jualan di kedai besarnya yang terletak di hadapan sebuah gerai kecil, di mana pelanggan lebih suka membeli barangan di gerai tepi jalan.
“Situasi ekonomi merupakan sangat sukar,” katanya, dengan menambah, pelanggan lebih suka untuk membeli barangan terpakai sehingga menjejaskan perdagangan mereka. – Xinhua