Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan ditentukan 23 Januari ini

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepaskan tanpa membebaskan dua lelaki dari tuduhan mencuri telefon bimbit Samsung J2 dari sebuah kereta yang diletakkan di kawasan Pandan 4, Kuala Belait pada 4 Januari baru-baru ini.

    Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan mengemukakan tuduhan baru terhadap Muhammad Amirul Amir bin Mohammad Azhar, 20, dan Mohd Noor bin Mohd Yassin berusia 28 tahun.

    Muhammad Amirul kini berdepan dakwaan bersubahat dalam melakukan jenayah curi manakala Mohd Noor menghadapi tuduhan menerima barang curi.

    Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Tarikh perbicaraan kedua-dua tertuduh akan ditentukan pada 23 Januari.

    Sementara rakan mereka yang berusia 17 tahun pula mengaku bersalah atas tuduhan mencuri telefon bimbit itu dan kesnya akan dipindahkan ke Mahkamah Juvenil.

    Perbuatan mencuri itu dirakam sistem kamera litar tertutup dan menjadi tular di media sosial.

    Kes didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda