Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perbicaraan kes bunuh bermula Ogos

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini telah menetapkan tarikh 1 hingga 31 Ogos depan bagi perbicaraan kes seorang lelaki tempatan yang telah menafikan tuduhan melakukan serangan bersenjata, membunuh dan mencuri.

    Mohamad Khairulnizam bin Ali Noh didakwa telah menyerang seorang lelaki dengan mengelar leher dengan menggunakan pisau antara pukul 7:30 malam dan 8:07 malam pada 4 Oktober 2017 di satu kawasan letak kereta di Batu Satu.

    Dia juga meminta untuk dibicarakan atas pertuduhan mencuri kenderaan daripada seorang wanita berusia 70 tahun di Kampung Tanjong Nangka antara 5 dan 9 Oktober 2017.

    Sementara itu, pertuduhan ketiga dan keempat yang dipertikaikan oleh defendan mendakwa dia membunuh wanita berusia 70 tahun dan wanita berusia 23 tahun di Lebuhraya Sultan Haji Hassanal Bolkiah antara 5 dan 10 Oktober 2017. Defendan diwakili Peguam Bela Haji Zainidi bin Haji Abdul Hamid atas bantuan guaman.

    Manakala itu, Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong mengendalikan kes bersama Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli.

    Pendakwaan kini diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin bersama Awang Shamshuddin bin Haji Kamaluddin dan Awang Mohd Qamarul Affiyan bin Abdul Rahman.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...