Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan kes cabul kehormatan pada oktober ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Perbicaraan kes melibatkan seorang anggota beruniform yang didakwa mencabul kehormatan seorang rakan sekerja wanita akan didengarkan pada 12 hingga 28 Oktober depan.

    Majistret Kanan Azrimah binti Abdul Rahman turut melanjutkan jaminan tertuduh yang telah dijatuhkan sebelumnya berjumlah $2,000 atau seorang penjamin tempatan.

    Timbalan Pendakwa Raya Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abdul Ghani dalam pendakwaannya menyatakan bahawa DSP Ramzi Hayatina bin Dato Haji Ibrahim telah menunjukkan isyarat seksual kepada Lans Koperal wanita semasa mereka berada di Pejabat Pentadbiran Polis Lapangan Terbang pada pukul 11:26 pagi, 14 September 2019.

    Tertuduh kini diwakili oleh Peguam Yusof Halim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda