Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan kes penipuan kripto bermula

    NEW YORK, 4 OKT – Perbicaraan Sam Bankman-Fried, bekas CEO salah satu bursa terbesar mata wang kripto, bermula kelmarin dengan juri akan menentukan sama ada dia melakukan penipuan besar-besaran dengan mencuri berbilion dolar daripada pelanggan.

    Lelaki berusia 31 tahun itu pernah menjadi salah seorang tokoh yang paling dihormati dalam dunia kripto, kini berdepan hukuman penjara selama berpuluh tahun dan mungkin namanya akan sepadan dengan Bernie Madoff dan Elizabeth Holmes sebagai penipu paling terkenal pada era ini.

    Hari pertama perbicaraan dikhaskan untuk pemilihan juri bagi kes yang ditetapkan untuk berlangsung selama kira-kira enam minggu. Bankman-Fried menghadapi tujuh pertuduhan termasuk penipuan wayar, penipuan sekuriti dan komoditi, dan pengubahan wang haram.

    Dia berisiko dihukum penjara lebih 100 tahun jika didapati bersalah atas semua pertuduhan.

    Bankman-Fried memasuki bilik mahkamah seorang diri tanpa diiringi oleh pengawal keselamatan – tanpa bergari, dan duduk bersama peguamnya, seperti yang diperhatikan oleh seorang wartawan AFP.

    Berpakaian sut gelap dan tali leher berjalur, rambut kerintingnya yang biasanya panjang dipotong pendek, seperti yang dilaporkan oleh seorang banduan di penjara Brooklyn tempat dia ditahan.

    “Awda mempunyai hak untuk memberi keterangan dalam pembelaan awda dalam kes ini. Keputusan itu bergantung kepada awda,” kata Hakim Daerah Amerika Syarikat, Lewis Kaplan kepada Bankman-Fried.

    Dalam beberapa tahun sahaja, graduan Institut Teknologi Massachusetts itu menjadikan platform FTX miliknya menjadi bursa kripto kedua terbesar di dunia, menjadikannya seorang jutawan dalam dunia teknologi. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda