Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan kes rasuah taikun Vietnam bermula

    HANOI, 22 JULAI – Seorang bekas taikun hartanah dan penerbangan Vietnam yang didakwa menipu dan memanipulasi pasaran saham bernilai AS$146 juta mula dibicarakan di Hanoi hari ini, kes rasuah terbaharu yang menyasarkan golongan elit perniagaan negara komunis itu.

    Trinh Van Quyet, yang memiliki empayar resort mewah, padang golf dan bajet Bamboo Airways, mempunyai hampir AS$2 bilion dalam kekayaan pasaran saham sebelum penahanannya, menurut anggaran media kerajaan.

    Namun pada hari ini, lelaki berusia 48 tahun itu digari dan berpakaian kemeja putih dibawa ke mahkamah oleh pegawai polis.

    Perbicaraan itu bermula hanya beberapa hari selepas kematian bekas pemimpin Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong, yang dipuji kerana melancarkan tindakan keras ke atas rasuah pada peringkat tertinggi.

    Trong, 80, meninggal dunia pada Jumaat di hospital tentera di Hanoi kerana usia tua dan penyakit serius, menurut parti itu, sehari selepas mengumumkan dia bersara untuk meneruskan rawatan perubatan.

    Quyet dituduh meraih lebih AS$146 juta secara haram antara 2017 dan 2022.

    Berikutan penahanannya pada Mac 2022, 49 rakan subahat lain juga telah ditangkap, termasuk dua adik perempuannya dan bekas pengerusi Bursa Saham Ho Chi Minh dan ketua pegawai eksekutifnya. – AFP

    Pengerusi kumpulan FLC, Trinh Van Quyet (tengah) diiringi anggota polis ke mahkamah untuk perbicaraan atas tuduhan menipu dan rasuah di Hanoi pada 22 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda