Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan Park mungkin berakhir

    SEOUL, Korea Selatan, 27 Feb – Satu kumpulan siasatan khas sedang mengakhiri siasatannya dalam skandal besar yang membabitkan Presiden Park Geun-hye selepas penolong pemimpin negara enggan melanjutkan siasatan selepas tarikh akhir pada Selasa.

    Berdepan dengan bantahan jalan besar-besaran, Park dipaksa meluluskan penubuhan kumpulan siasatan yang dipimpin oleh peguam bebas Park Young-soo sebelum beliau didakwa oleh parlimen pada Disember berhubung dakwaan mengatakan beliau berpakat dengan kawan lamanya untuk memeras ugut wang daripada syarikat.

    Kumpulan itu telah menahan beberapa tokoh terkenal, termasuk bekas pegawai pentadbiran Park dan waris Samsung Lee Jae-yong, berhubung dengan skandal tersebut.

    Hakim-hakim Mahkamah Perlembagaan semasa perbicaraan muktamad sama ada untuk mengesahkan pemecatan Presiden Park Geun-hye di Mahkamah di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. Satu pasukan siasatan khas mengakhiri siasatan ke atas skandal besar yang melibatkan Park selepas penolong pemimpin negara enggan melanjutkan siasatan selepas tarikh akhir pada Selasa. – AP

    Park, yang menafi dakwaan tersebut, telah mengelak siasatan langsung disebabkan undang-undang yang memberikan pemimpin kekebalan daripada pendakwaan. Kumpulan Park Young-soo, dengan siasatannya berakhir esok, telah meminta pemangku pemimpin dan Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn supaya membenarkan saisatan selama 30 hari lagi. Di bawah undang-undang mereka boleh mendapatkan lanjutan sedemikian.

    Namun pejabat Hwang berkata hari ini ia telah menolak permohonan itu disebabkan kumpulan siasatan telahpun mendakwa tokoh berpengaruh yang terbabit dalam skandal dan pendakwa negara boleh menyiasat mana-mana bidang yang masih tinggal dalam skandal tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda