Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan pembunuh George Floyd bermula Isnin

    WASHINGTON, 29 MAC – Perbicaraan ke atas bekas pegawai polis Amerika Syarikat (AS) Derek Chauvin, yang didakwa membunuh George Floyd, bermula pada Isnin di Minneapolis, hampir setahun selepas kematian lelaki berkulit hitam itu.

    Kematian Floyd mencetuskan gelombang protes besar-besaran dan hangat diperkatakan mengenai isu perkauman, sistem polis serta sejarah Amerika dan cara menangani kesaksamaan kaum, lapor Sputnik.

    Floyd, 46, meninggal dunia pada 25 Mei tahun lalu setelah Chauvin yang berkulit putih dan tiga pegawai lain menangkapnya di luar sebuah kedai Minneapolis, kerana dituduh menggunakan wang palsu AS$20.

    Sebuah video insiden berkenaan tular memaparkan Chauvin menekan lututnya di leher Floyd selama lebih lapan minit, Floyd sempat menjerit dia tidak boleh bernafas, sebelum tidak sedarkan diri. Dia disahkan meninggal dunia di hospital pada hari kejadian.

    Mengenai perbicaraan Chauvin di Minnesota, hakim buat pertama kali mengizinkan ia dijalankan secara terbuka kerana menyifatkan kes itu membabitkan kepentingan awam, di tengah sekatan COVID-19.

    Bekas pegawai polis itu mempunyai rekod terbabit dalam tiga kejadian tembakan sebelum ini dan dilaporkan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan sambilan bersama dengan Floyd di kelab tempatan. Perbicaraan akan dijalankan di depan 15 juri, enam daripadanya berkulit hitam atau berbilang kaum. – Bernama

    Gambar video menunjukkan Derek Chauvin melutut di leher GeorgeFloyd, lelaki digari yang merayu dia tidak dapat bernafas. Perbicaraan ke atas Derek Chauvin, yang didakwa membunuh GeorgeFloyd, bermula pada Isnin di Minneapolis, hampir setahun selepas kematian lelaki berkulit hitamitu.- AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda