CALANG, 22 NOV – Sebuah mahkamah Indonesia hari ini memulakan perbicaraan ke atas sekumpulan lelaki dituduh melakukan pemburuan dan perdagangan haram gajah terancam Sumatera bagi gadingnya, dalam satu kes yang dianggap pegawai pemuliharaan sebagai kejayaan besar.
Kes itu termasuklah pertuduhan ke atas sembilan lelaki yang membunuh gajah liar dengan memasang jerangkap samar elektrik di pulau Sumatera dan dua lagi dituduh membeli gading gajah daripada gajah yang dibunuh.
Pendakwaan dibuat susulan penemuan lima bangkai gajah oleh pihak berkuasa Indonesia di sebuah kampung di daerah Aceh Jaya dalam Januari 2020. Agensi pemuliharaan wilayah Aceh menganggarkan sejumlah gajah telah mati lebih daripada dua bulan sebelum ia ditemui. Sebahagian rangka gajah, termasuk gadingnya hilang. – AP
