MANILA, 6 FEB – Perbicaraan pemecatan Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, berkemungkinan akan berlaku selepas pilihan raya pertengahan penggal pada Mei dan boleh diputuskan oleh kumpulan penggubal undang-undang baharu, kata presiden Senat, hari ini.
Perbicaraan tersebut belum dapat dipastikan sama ada ia diteruskan atau tidak dalam sesi khas, apabila Senat bersidang semula pada 2 Jun – atau lebih lewat – kini terpulang kepada 24 senator negara yang bersidang, kata Francis Escudero kepada siaran media, tanpa memberikan tarikh untuk keputusan itu.
Sara dituduh oleh Dewan Rakyat kelmarin kerana melanggar perlembagaan, mengkhianati kepercayaan awam, rasuah dan jenayah besar lain”.
Jika disabitkan kesalahan, dia akan dipecat daripada jawatan naib presiden dan dihalang daripada jawatan awam untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, perbicaraan Senatnya berkemungkinan akan berlanjutan ke Kongres ke-20.
Ia merupakan satu perkara yang hampir pasti sekarang,” kata Escudero kepada pemberita, hari ini.
“Tarikh mula perbicaraan bergantung kepada peraturan yang kami luluskan.
“Tetapi saya rasa perbicaraan perlu dilakukan apabila Dewan Negara sedang bersidang,” tambahnya.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa walaupun perbicaraan bermula dengan pengawasan senator semasa, proses akhir hanya boleh dicapai melalui perbicaraan yang akan datang. – AFP