YANGON, 2 NOV – Mahkamah junta Myanmar akan mendengar hujah penutup dalam perbicaraan Aung San Suu Kyi pada bulan ini, menurut sumber hari ini, ketika ia mula mengakhiri prosiding yang mungkin akan memenjarakan pemenang hadiah Nobel itu selama berdekad-dekad.
Myanmar mula bergolak sejak pihak tentera mengulingkan kerajaan Suu Kyi semasa rampasan kuasa pada Februari, mencetuskan bantahan besar-besaran sehingga membawa kepada tindakan keras berdarah.
Suu Kyi, 76, dibicarakan pada Jun, dan memberi keterangan buat pertama kali minggu lalu terhadap dakwaan bantahan ke atas tentera.
Media tidak dibenarkan menghadiri prosiding di mahkamah khas di Naypyidaw, dan junta baru-baru ini melarang pasukan perundangannya untuk bercakap kepada wartawan.
Bekas presiden, Win Myin dan Myo Aung – pemimpin kanan dalam parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) diterajui Suu Kyi – turut didakwa dalam perbicaraan, yang akan mendengar testimoni terakhir dari pihak pembelaan hari ini, menurut sumber terdekat memberitahu AFP.

“Juri berkata penangguhan seterusnya adalah bagi pembelaan terakhir,” dan bakal ditentukan pada 16 November, tambah sumber.
Mahkamah akan menentukan tarikh bagi menetapkan hukuman.
Hukuman akan membawa kepada penjara maksimum tiga tahun.
Suu Kyi berdepan dakwaan lain, dari mengimport secara haram walkie talkie hingga kepada hasutan, dan boleh dipenjarakan selama berdekad-dekad jika didapati bersalah terhadap semua pertuduhan.
Jumaat lalu, Win Htein, bekas ahli parlimen NLD dan pembantu rapat Suu Kyi dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana pengkhianatan, ahli parti berkedudukan tinggi pertama yang di penjara oleh mahkamah junta. – AFP