Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbincangan tangani pencemaran sampah plastik

    NAIROBI, 28 FEB – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuka sidang kemuncak alam sekitar di Nairobi hari ini di mana negara-negara digesa untuk menerima pakai pelan tindakan bagi perjanjian global penting untuk mengurangkan pencemaran plastik.

    Wakil dari lebih 100 negara dijangka bersetuju dengan pencontoh luas untuk perjanjian pertama dunia mengenai sisa plastik selama tiga hari rundingan secara maya.

    Perhimpunan Alam Sekitar PBB (UNEA) diberitahu plastik telah ditemui di pantai terpencil, di udara dan tanah, dan di dalam ikan kecil dan aliran darah manusia.

    “Pencemaran plastik telah berkembang menjadi wabak tersendiri,” kata presiden UNEA, Espen Barth Eide.

    Dunia mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dengan melancarkan tindak balas global yang diselaraskan untuk menangani bencana itu, kata ketua alam sekitar PBB, Inger Andersen.

    “Dunia sedang memerhati untuk melihat apa yang negara anggota akan lakukan dalam beberapa hari akan datang,” kata ketua Program Alam Sekitar PBB (UNEP), Andersen semasa perhimpunan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda