Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Perbualan WhatsApp Shah Rukh Khan tersebar

    Kes penyalahgunaan dadah melibatkan anak pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan kembali menjadi perhatian apabila aktor itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Dadah (NBC) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan.

    Pelakon itu dikatakan menawarkan wang berjumlah kira-kira RM13 juta kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede yang kini menjadi perhatian selepas perbualannya di aplikasi WhatsApp dipercayai bersama Shah Rukh mula tersebar.

    Dalam perbualan tersebut, Shah Rukh menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada kes siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran padan Oktober 2021.

    “Saya merayu jangan biarkan anak saya dalam penjara. Jika ia menjejaskan integriti awda sebagai pegawai, tolonglah saya dengan apa cara sekalipun. Saya terhutang budi kepada awda.

    “Saya akan menggunakan kuasa saya untuk halang mereka dari memberi sebarang kenyataan. Saya merayu sebagai seorang bapa tolonglah hantar anak saya pulang,” jelas perbualan yang tersebar itu.

    Sebelum ini, Sameer juga dilihat pergi bercuti ke luar negara dan mengamal gaya hidup mewah dipercayai hasil duit rasuah.

    Aryan ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

    Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya. – Agensi

    Shah Rukh Khan dikatakan memberi rasuah kepada pegawai penyiasat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...