Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbuatan yang boleh dan dilarang ketika khatib menyampaikan khutbah Jumaat

    minda_logo indahnya IslamSIRI 2

    4. Mengucapkan salawat ketika nama Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam disebut dan menta’minkan doa khatib

    SUNAT mengucapkan salawat apabila khatib menyebut nama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam. Dalam hal ini, menurut ulama, sunat mengangkat suara ketika bersalawat itu secara tidak berlebihan walaupun ketika mendengar khatib membaca ayat berikut yang tafsirnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56)

    Jika nama-nama para sahabat Baginda Sallallahu ‘alaihi Wasallam pula disebutkan, maka menurut ulama, sunat juga mengucapkan ‘Radiallahu Anhum’, akan tetapi tidak disunatkan untuk mengangkat suara.

    Sunat juga menta’minkan (mengaminkan) doa khatib dengan tidak mengangkat suara sepertimana yang disebutkan dalam kitab I‘anah ath-Thalibin. Menurut Imam Ibnu Hajar Rahimahullah, adapun sebab tidak digalakkan mengangkat suara ketika ta’min ini adalah kerana ianya mengganggu pendengaran dan mengganggu jemaah-jemaah yang lain.

    5. Mendirikan sembahyang ketika khutbah disampaikan bagi orang yang sudah duduk

    Sebahagian ulama berpendapat bahawa orang yang sudah duduk dalam masjid, lalu dia bangun mengerjakan sembahyang sunat atau qadha sembahyang fardhu, walaupun qadha sembahyang fardhu yang wajib disegerakan misalnya jika ditinggalkan tanpa keuzuran, padahal khatib sudahpun duduk di atas mimbar, maka hukumnya adalah makruh tahrim (makruh yang hampir kepada peringkat haram), walaupun orang itu tidak wajib Jumaat ke atasnya misalnya orang yang sedang musafir dan kaum perempuan.

    Sementara sebahagian ulama lagi, antaranya Imam al-Mawardi, Imam Ibnu Hajar al-Haitami dan Imam Khatib asy-Syarbini Rahimahumullah berpendapat ianya bukan hanya makruh tahrim, bahkan hukumnya adalah haram.

    Menurut Syeikh Zainuddin al-Malibari Rahimahullah, larangan ini termasuk juga ke atas mereka yang tidak mendengar khutbah. Jika dikerjakan juga, maka menurut pendapat yang paling awjah, tidak sah sembahyangnya itu. Menurut as-Sayyid Bakri Rahimahullah, orang yang sudah duduk dalam masjid, lalu dia mengerjakan sembahyang ketika imam sudahpun duduk di atas mimbar, ini jelas menunjukkan keengganannya secara menyeluruh daripada mendengarkan khutbah. Ini kerana orang yang sedang bersembahyang, pada kebiasaannya tidak akan menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara lain selain daripada sembahyangnya itu.

    6. Mengerjakan sembahyang ketika khutbah disampaikan bagi orang yang baru masuk masjid

    Bagi orang yang baru masuk masjid pula, sedangkan pada waktu tersebut khatib sudahpun mula menyampaikan khutbah, sunat baginya mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid dan makruh baginya meninggalkannya sepertimana yang disebutkan di dalam kitab al-Majmu‘.

    Perlu juga diingat bahawa sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid itu wajib dikerjakan secara takhfif iaitu ringkas ataupun ringan.

    Menurut satu pendapat, takhfif ini bukanlah bermaksud mempercepatkan sembahyang, akan tetapi ianya bermaksud membataskan dalam menunaikan sembahyang itu kepada perkara-perkara yang wajib sahaja sepertimana yang dinukilkan oleh Imam Khatib asy-Syarbini Rahimahullah daripada Imam az-Zarkasyi Rahimahullah dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

    Menurut pendapat yang paling awjah pula, sepertimana yang disebutkan dalam kitab Nihayah al-Muhtaj, maksud takhfif itu ialah tidak memanjangkan sembahyang.

    Maka menurut pendapat ini, Imam asy-Syibramalisi Rahimahullah berkata bolehlah dibaca surah-surah pendek selepas membaca surah al-Fatihah.

    Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya, “Telah datang Sulaik al-Ghathafaani pada suatu hari Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam sedang berkhutbah lalu dia (terus) duduk. Maka Baginda pun bersabda kepadanya: Wahai Sulaik! Bangunlah dan dirikanlah sembahyang dua rakaat dan kerjakanlah ia secara ringan (ringkas). Kemudian Baginda bersabda lagi: Apabila seorang daripada kamu mendatangi (sembahyang) Jumaat padahal imam sedang berkhutbah, maka hendaklah ia mengerjakan sembahyang dua rakaat dan hendaklah ia mengerjakannya secara ringan (ringkas).” (Hadis riwayat Muslim)

    Menurut as-Sayyid Bakri Rahimahullah, selain daripada sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid, boleh juga dikerjakan sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat jika ianya belum dikerjakan, dan dalam hal ini adalah lebih utama ianya disatukan niat bersama sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid (dalam satu sembahyang) dan dikerjakan sebanyak dua rakaat.

    Jika orang itu ingin mengerjakannya dengan satu niat sahaja maka adalah lebih awla diniatkannya sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid sahaja kerana ianya akan luput jika tidak dikerjakan (sebelum duduk).

    Adapun sembahyang sunat Qabliyyah Jumaat pula, ianya masih dapat dikerjakan sekalipun selepas sembahyang Jumaat dan boleh juga diqadha jika dikerjakan di luar waktu.

    Imam asy-Syibramalisi Rahimahullah pula menambah, selain kedua sembahyang sunat itu, boleh juga dikerjakan sembahyang qadha yang jumlahnya dua rakaat, misalnya sembahyang qadha Subuh.

    Adapun sembahyang qadha yang jumlahnya melebihi daripada kadar dua rakaat tidak boleh dikerjakan pada waktu ini, jika dikerjakan juga maka ianya tidak sah. Begitu juga tidak sah jika dikerjakan lagi sembahyang-sembahyang yang lain selepas itu.

    Manakala bagi orang yang datang ke masjid pada penghujung khutbah pula, jika dia takut apabila dia mengerjakan sembahyang sunat Tahiyyat al-Masjid itu dia tidak akan sempat bertakbiratul ihram bersama imam, maka dalam hal ini adalah lebih baik (sunat) baginya berdiri sahaja sehingga imam menunaikan sembahyang.

    Adapun bagi mereka yang sedang bersembahyang, lalu ketika mereka sedang bersembahyang itu khatib pun naik dan duduk di atas mimbar, menurut ulama-ulama mazhab asy-Syafi‘e Rahimahumullah, wajib ke atas mereka ini mengerjakan sembahyang mereka itu secara takhfif walaupun sembahyang yang mereka kerjakan itu adalah sembahyang fardhu.

    Kesimpulan

    Daripada penjelasan di atas, menunjukkan para ulama sangat menitik-beratkan penerimaan hati serta seluruh anggota tubuh badan terhadap khutbah yang disampaikan.

    Sehinggakan perbuatan ibadat seperti membaca al-Qur’an, berzikir dan seumpamanya pun dimakruhkan bagi orang yang dapat mendengar khutbah, apatah lagi berbual-bual mengenai perkara yang sia-sia.

    Bahkan, sekecil-kecil perbuatan yang boleh mengganggu tumpuan terhadap khutbah itu pun sudah dikira melakukan suatu perbuatan yang sia-sia yang akan mengakibatkan kerugian pahala dan kelebihan-kelebihan sembahyang Jumaat.

    Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya: Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

    “Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan sembahyang Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah disampaikan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”. (Hadis riwayat Muslim)

    Maka sewajarnyalah seorang muslim itu menumpukan sepenuh perhatian terhadap khutbah yang disampaikan kerana selain daripada mengambil manfaat dan iktibar daripadanya, khutbah juga sangat berkait rapat dengan kesempurnaan sembahyang Jumaat seseorang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/