Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Percepat pelaksanaan baki pakej Lebuh raya Pan Borneo

    KOTA KINABALU, 15 MEI – Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Malaysia mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.

    Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah berbincang mengenai isu tersebut dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini hari ini.

    “Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.

    Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...