Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Percutian mencari keredhaan

    Oleh Sahama

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Sudah menjadi kelaziman bagi penduduk Negara Brunei Darussalam di musim cuti persekolahan, terutamanya bulan Disember, sebahagian penduduk di negara ini memilih untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

    Dan peluang itu turut dimanfaatkan oleh Kumpulan 8, jemaah umrah dari agensi At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd kini berada di Masjidil Haram, setelah meluangkan beberapa hari di Madinah al-Munawwarah.

    Rukun umrah yang pertama ialah berniat umrah di Masjid Bir Ali, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Kota Madinah dan 450km ke Mekah.

    Rombongan Kumpulan 8 bergambar kenang-kenangan di Masjid Bir Ali.

    Bagi mengelakkan kesuntukan masa dan memudahkan jemaah, mereka digalakkan untuk memakai kain ihram dari hotel.

    Jemaah umrah yang hadir ke tanah suci dianggap sebagai tetamu Allah di Kota Suci Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.

    Justeru dengan status sebagai tetamu Allah itu, para jemaah berpeluang melakukan ibadah sebanyak mungkin di kedua-dua masjid yang mulia ini untuk mencari keredhaan Allah di samping mencari ketenangan rohani.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda