Sunday, June 30, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Perdagangan Brunei catat peningkatan pada April

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Imbangan perdagangan bagi bulan April 2024 mencatatkan peningkatan sebanyak 217.5 peratus, meningkat daripada $133 juta pada April 2023 kepada $422.3 juta. Peningkatan adalah disumbangkan oleh nilai eksport sebanyak $1,413.3 juta dan nilai import sebanyak $991.0 juta. Jumlah perdagangan juga mencatatkan peningkatan sebanyak 72.6 peratus dari tahun ke tahun.

    Penyumbang utama kepada nilai eksport adalah Bahan Api Galian sebanyak 74.5 peratus, diikuti oleh Bahan Kimia sebanyak 23.5 peratus dan Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan sebanyak 1.0 peratus.

    Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, turut menyatakan bahawa pasaran eksport utama adalah Australia iaitu sebanyak 22.6 peratus, diikuti Republik Rakyat China dan Singapura masing-masing sebanyak 20.3 peratus dan 13.9 peratus. Komoditi eksport terbesar ke negara-negara tersebut adalah Bahan Api Galian.

    Manakala import pada bulan April 2024 bernilai $991 juta. Tiga komoditi import utama adalah Bahan Api Galian, menyumbang sebanyak 74.9 peratus, diikuti Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan sebanyak 6.8 pe-ratus serta Makanan sebanyak 6.0 peratus.

    Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia sebanyak 29.3 peratus, diikuti Australia sebanyak 17.9 peratus dan Republik Rakyat China sebanyak 8.5 peratus.

    Komoditi import utama daripada rakan dagangan adalah Bahan Api Galian, Makanan dan Barang-barang Keluaran Kilang.

    Secara keseuluruhan, jumlah perdagangan pada bulan April 2024 mencatatkan peningkatan 6.5 peratus, meningkat daripada $2,258.2 juta pada bulan Mac 2024 kepada $2,404.3 juta. Manakala imbangan perdagangan menurun sebanyak 22.7 peratus, didorong oleh peningkatan import yang lebih tinggi sebanyak 15.8 peratus berbanding peningkatan eksport sebanyak 0.8 peratus.

    Import bagi kategori penggunaan akhir, terutamanya digunakan sebagai Barangan Perantaraan bagi pemprosesan sebanyak 62.9 peratus, diikuti oleh Barangan Modal sebanyak 34.5 peratus bagi operasi perniagaan dan Barangan Penggunaan sebanyak 2.6 peratus bagi kegunaan isi rumah.

    Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi bulan April 2024 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn.

    Taburan eksport mengikut rakan dagangan. – GAMBAR SERAHAN JPES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...