Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perdagangan Malaysia-China cecah rekod AS$203.6B

    KAMPAR, 17 FEB – Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencatatkan peningkatan besar pada 2022 mencecah rekod tertinggi sebanyak AS$203.6 bilion, kata Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

    Beliau berkata China dan Malaysia saling bekerjasama mempromosikan pembinaan ‘Jalur dan Laluan’ yang berkualiti tinggi serta kerjasama yang berterusan dalam projek utama seperti ‘Two Countries, Twin Parks’ dan Laluan Rel Pantai Timur yang membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara pada tahun lepas.

    “China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut. China dan Malaysia adalah jiran baik yang telah menjalin persahabatan sejak sekian lama. Kita adalah rakan baik yang saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain.

    “Kita juga rakan kongsi yang baik yang mendapat manfaat daripada kerjasama sama-sama menang. Hubungan China-Malaysia adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara-negara ASEAN,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah Biasiswa Duta Besar China di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...