Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perdagangan negara meningkat 5.2 peratus – IMTS

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Jumlah perdagangan meningkat sebanyak 5.2 peratus pada bulan Julai 2023 berbanding bulan Jun 2023.

    Peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport sebanyak 30.9 peratus. Manakala, jumlah import menurun sebanyak 20.0 peratus, menurut Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dalam kenyataan mengenai Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) Julai 2023, yang dikeluarkan hari ini.

    Eksport pada bulan Julai 2023 bernilai $1,177.1 juta yang mana Bahan Api Galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam iaitu sebanyak 81.3 peratus, diikuti oleh Bahan Kimia (16.4 peratus), dan Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (1.1 peratus).

    Lima komoditi import utama pada bulan Julai 2023 adalah Bahan Api Galian (58.6 peratus), diikuti oleh Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (15.5 peratus), Makanan (8.0 peratus), Bahan Kimia (6.8 peratus), dan Barang-Barang Keluaran Kilang  (5.8 peratus).

    Pasaran eksport utama pada bulan Julai 2023 adalah Australia (23.4 peratus), diikuti oleh Singapura (19.6 peratus) dan Republik Rakyat China (13.8 peratus). Komoditi eksport terbesar ke negara-negara tersebut adalah Bahan Api Galian dan Bahan Kimia.

    Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia (32.7 peratus), diikuti oleh Arab Saudi (15.8 peratus) dan Kazakhstan (15.5 peratus), dengan Bahan Api Galian sebagai komoditi import terbesar.

    Prestasi perdagangan negara bulan ke bulan bagi Negara Brunei Darussalam. – Gambar serahan JPES

    Sebanyak 60.3 peratus import adalah digunakan sebagai Barangan Perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh Barangan Modal (34.6 peratus) bagi operasi perniagaan dan Barangan Penggunaan (5.1 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

    Sebanyak 94.3 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut. Ia diikuti oleh pengangkutan udara (4.2 peratus) dan melalui darat (1.5 peratus).

    Bagi tempoh Januari hingga Julai 2023, jumlah perdagangan adalah sebanyak $13,015.3 juta yang terdiri daripada eksport bernilai $7,806.4 juta dan import berjumlah $5,208.9 juta, yang mana mencatatkan jumlah perdagangan yang berlebihan sebanyak $2,597.4 juta.

    Laporan IMTS bagi bulan Julai $2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda