Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Perdagangan sempadan, transit Thai cecah 145 bilion baht pada Januari

    BANGKOK, 2 MAC – Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus daripada angka tahun sebelumnya, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sasikan Watthanachan kelmarin.

    Beliau berkata eksport meningkat 3.8 peratus kepada 78.037 bilion baht, manakala import naik 1.5 peratus kepada 67.102 bilion baht, menjadikan lebihan perdagangan sebanyak 10.935 bilion baht.

    “Pecahan perdagangan sempadan dengan negara jiran – Laos, Malaysia, Myanmar dan Kemboja – menunjukkan jumlah nilai perdagangan 83.797 bilion baht, meningkat 1.7 peratus.

    “Ini terdiri daripada eksport bernilai 50.528 bilion baht (naik 0.7 peratus) dan import bernilai 33.269 bilion baht (meningkat 3.3 peratus), dengan Thailand mencapai lebihan perdagangan sebanyak 17.26 bilion baht,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht), Myanmar (18.821 bilion baht) dan Kemboja (15.492 bilion baht).

    Sasikan berkata produk eksport utama termasuk diesel (4.209 bilion baht), produk petroleum bertapis (1.622 bilion baht) dan produk perindustrian pertanian lain (1.323 bilion baht).

    Beliau berkata perdagangan sempadan dan transit yang kukuh pada awal 2025 meneruskan momentum pertumbuhan dari 2024, terutama dengan eksport ke China, yang melonjak 18 peratus.

    “Kerajaan terus komited untuk merangsang dan meningkatkan kerjasama perdagangan dengan negara jiran dan rakan antarabangsa bagi mewujudkan peluang ekonomi kepada perniagaan Thailand. Tambahan pula, kami menyokong langkah untuk meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan sempadan,” katanya.

    Beliau turut mengingatkan bahawa perdagangan sempadan Thailand-Myanmar dijangka menghadapi gangguan pada Februari susulan tindakan keras yang dilaksanakan ke atas operasi pusat panggilan di sepanjang sempadan, yang mungkin menjejaskan eksport diesel dan petroleum ditapis. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Mangsa terselamat kapal karam berdepan pertuduhan di mahkamah Malaysia

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Seramai 11 mangsa terselamat...

    Chen Xing, Xiao Yue berlepas ke Malaysia

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Pasangan panda gergasi dari...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...