Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Perdana Menteri Korea S mohon maaf susulan kebakaran pusat data negara

    SEOUL, 28 SEPT – Perdana Menteri Korea Selatan memohon maaf kelmarin selepas kebakaran di sebuah pusat data negara menjejas ratusan perkhidmatan dalam talian kerajaan, termasuk perkhidmatan pos dan sistem tindak balas kecemasan.

    Kebakaran bateri litium berlaku pada malam Jumaat di Perkhidmatan Sumber Maklumat Negara di Daejeon, kira-kira 150 kilometer dari selatan Seoul, yang menempatkan sistem maklumat teknologi (IT) utama negara, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Rakyat Korea Selatan menerima beberapa mesej kecemasan dari kerajaan pada awal Sabtu, termasuk amaran bahawa beberapa perkhidmatan pos dalam talian terjejas akibat kebakaran dan permintaan kecemasan 119 hanya boleh dibuat melalui telefon, bukan melalui video atau teks.

    “Oleh kerana sistem IT utama negara bertumpu di satu fasiliti, usaha pemadaman kebakaran menghadapi kesukaran yang besar,” kata Perdana Menteri Kim Min-seok, sambil menambah bahawa kebakaran kini sebahagian besarnya berjaya dikawal.

    “Proses permohonan awam atau pengeluaran sijil mungkin tertangguh, menyebabkan kesulitan dalam kehidupan seharian. Saya menyampaikan permohonan maaf yang ikhlas kepada rakyat atas kesulitan yang dihadapi,” tambahnya.

    Menurut Kementerian Dalam Negeri, 647 perkhidmatan kerajaan dalam talian masih tergendala pada Sabtu pagi akibat kebakaran, termasuk sistem pengenalan mudah alih, laman web Pusat Maklumat Undang-undang Negara dan platform kerajaan untuk aduan serta petisyen.

    Kebakaran itu menyebabkan sistem kawalan suhu dan kelembapan fasiliti gagal berfungsi, menimbulkan kebimbangan tentang kepanasan pelayan dan mendorong kerajaan menggantung operasi sebagai langkah proaktif untuk melindungi sistem IT. – AFP

    Sebuah ambulans yang membawa mangsa bergerak di tengah-tengah orang ramai selepas rempuhan semasa perhimpunan politik di daerah Karur, India, pada 27 September. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...