Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Poland lawat Kyiv

    WARSAW, 22 JAN – Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, mengadakan lawatan ke Kyiv hari ini, demikian diumumkan oleh pejabatnya, yang merupakan lawatan pertamanya ke negara yang dilanda peperangan sejak kembali sebagai ketua kerajaan salah satu penyokong terkuat EU untuk Ukraine.

    “Perdana Menteri Donald Tusk telah pergi ke Kyiv pada 22 Januari,” kata perkhidmatan akhbarnya, sambil menambah bahawa Tusk akan bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Perdana Menteri, Denys Shmygal semasa lawatan tersebut.

    Tusk kembali sebagai ketua kerajaan Poland pada Disember, menggantikan parti nasionalis sayap kanan, Law and Justice (PiS) selepas pilihan raya Oktober yang menggulingkan mereka selepas lapan tahun berkuasa.

    Beliau berikrar untuk meneruskan sokongan padu Poland terhadap jiran timurnya itu berikutan pencerobohan Rusia pada Februari 2022.

    Dalam komen terkini, beliau berkata bahawa keadaan di Ukraine ‘adalah soalan nombor satu untuk keselamatan Poland’.

    “Persoalan lain juga perlu dibincangkan, terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan pemandu lori Poland, jadi terdapat perkara untuk dibincangkan di Kyiv,” katanya.

    Pemandu lori Poland menyekat sempadan dengan Ukraine dari November hingga minggu lepas, sambil menuntut pengenalan semula sekatan untuk memasuki EU bagi pesaing Ukraine mereka.

    EU telah menghapuskan sistem permit selepas Rusia menceroboh, tetapi pemandu lori Poland mahu ia diperkenalkan semula, dengan menyatakan bahawa langkah itu telah menjejaskan pendapatan mereka. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...