Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri UK lantik kabinet baharu

    LONDON, 7 SEPT – Perdana Menteri, Britain Liz Truss kelmarin mengumumkan pelantikan barisan kabinet baharu yang antara lain menyaksikan bekas setiausaha kerja dan pencen, Therese Coffey dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha kesihatan.

    Truss dan Coffey berkawan rapat dan bersama-sama menceburi arena politik.

    Dia dilihat menyingkirkan ramai menteri daripada pentadbiran bekas Perdana Menteri Boris Johnson, terutamanya mereka yang telah menyokong saingan kepimpinannya, Rishi Sunak.

    Sementara itu, Kwasi Kwarteng dilantik sebagai Canselor Perbendaharaan dan beliau adalah bekas setiausaha perniagaan dan tenaga. James Cleverly dilantik sebagai setiausaha asing, manakala bekas peguam negara Suella Braveman sebagai setiausaha dalam negeri.

    Empat jawatan utama di Britain ialah perdana menteri, canselor, setiausaha luar dan setiausaha dalam negeri. Buat kali pertama dalam sejarah tidak ada jawatan tersebut dijawat oleh lelaki kulit putih.

    Liz Truss meninggalkan Downing Street untuk menghadiri Soalan Perdana Menteri pertamanya di Dewan Parlimen. – AP

    Beliau turut melantik bekas calon kepimpinan Penny Mordaunt sebagai ketua Dewan Perwakilan, dan Lord True sebagai ketua Dewan Negara.

    Ben Wallace kekal sebagai menteri pertahanan manakala penyokong setia Boris Johnson, Jacob Rees-Mogg dilantik sebagai setiausaha perniagaan.

    Dalam ucapan pertamanya sebagai perdana menteri, Truss berkata dia akan mengurangkan cukai untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, menyokong Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan bekerja keras menangani krisis tenaga.

    Dia dijangka mendedahkan rancangan menangani krisis tenaga esok.

    Selain itu, dalam ucapan sebagai perdana menteri di parlimen, beliau juga menolak andaian bahawa kerajaannya akan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi untuk membiayai bil tenaga dalam mengimbangi kenaikan besar dalam kos gas dan elektrik. – BERNAMA/ AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...