Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pereka fesyen dari Vietnam juarai AirAsia Runway Ready Designer Search

    KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2017 – Pencarian pereka tahunan AirAsia, AirAsia Runway Ready Designer Search memasuki pusingan akhir hari ini di Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 (KLFW RTW 2017) dengan menyaksikan seramai dua puluh bakat muda dari 10 buah negara Asean mempamerkan rekaan mereka bercirikan Asean di pentas peragaan.

    Dua pereka fesyen yang terpilih selepas uji bakat yang dijalankan di rantau Asia, mewakili setiap negara mereka pada hari ini.

    Pencarian bermula pada bulan April di Manila dan seterusnya ke Bandar Seri Begawan, Kuala Lumpur, Singapura, Bandar Ho Chi Minh, Yangon, Jakarta, Bangkok, Vientiane dan berakhir di Phnom Penh pada bulan Jun.

    Dua pereka fesyen muda Negara Brunei Darussalam yang terpilih ke pusingan akhir pencarian pereka tahunan AirAsia itu ialah Dayang Humaira Zakaria dari Universiti Brunei Darussalam dan Nazy Sam dari KAVA.

    Tran Thi Tu dari Vietnam telah diumumkan sebagai pemenang utama dan membawa pulang hadiah hadiah bernilai RM350,000 termasuklah koleksi kapsul mereka yang akan dijual di FashionValet dan slot untuk mempamerkan rekaan di KL Fashion Week 2018

    Aireen Omar (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang utama AirAsia Runway Ready Designer Search Tran Thi Tu dari Vietnam (tengah) pada pusingan akhir pencarian itu di Kuala Lumpur, kelmarin.
    Aireen Omar (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang utama AirAsia Runway Ready Designer Search Tran Thi Tu dari Vietnam (tengah) pada pusingan akhir pencarian itu di Kuala Lumpur, kelmarin.

    Beliau juga turut menerima 150,000 mata ganjaran AirAsia BIG, penampilan dalam enam halaman fesyen dalam majalah dalam penerbangan AirAsia Travel3sixty dan sepasang tiket penerbangan AirAsia.

    Ketua Pegawai Eksekutif AisAsia Berhad, Aireen Omar dalam satu kenyataan berkata, sebagai syarikat penerbangan Asean, AirAsia bangga untuk meneruskan inisiatifnya melalui platform ini dan memperluaskan pencarian pereka fesyen di rantau ini dan bertemu dengan bakat-bakat dari 10 negara Asean.

    “Kami amat kagum dengan rekaan yang kami lihat pada hari ini di pentas peragaan. Asean mempunyai potensi besar dan kami percaya, dengan sokongan yang berterusan dan bimbingan daripada pakar industri fesyen, pemilik perniagaan dan juga media, industri fesyen akan terus berkembang di rantau ini.”

    AirAsia Runway Ready Designer Search ditubuhkan dengan tujuan untuk mengetengahkan belia dan membangunkan bakat-bakat muda dalam industri fesyen di rantau ini.

    Barisan panel pengadil bagi pusingan akhir termasuklah pakar industri fesyen dari semua negara Asean serta Aireen Omar, pengasas KLFWRTW, Andrew Tan, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda