Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pereka fesyen Pierre Cardin meninggal dunia

    PARIS, 29 DIS – Akademi Seni Halus Perancis berkata Pierre Cardin, pereka fesyen Perancis dengan gaya Era Angkasa menjadi salah satu wajah ikonik fesyen abad ke-20, telah meninggal dunia pada usia 98 tahun.

    Seorang pereka yang tidak mengikuti norma-norma lazim, nama Cardin merangkumi pelbagai produk daripada jam tangan pergelangan kepada cadar katil, menjadikan labelnya antara yang paling terkenal di dunia. Dalam era kegemilangan jenama pada 1970 dan 1980, produk beliau dijual di kira-kira 100,000 kedai di seluruh dunia, walaupun jumlah tersebut telah merosot mendadak dalam dekad-dekad kemudian.

    Seorang ahli perniagaan yang berakal, Cardin menggunakan kekayaannya untuk membeli harta terkenal di Paris, termasuk restoran Belle Epoque Maxim’s. Beliau dilantik secara rasmi ahli Akademi Seni Halus pada 1992.

    Akademi itu mengumumkan kematiannya di Twitter hari ini. – AP

    Gambar bertarikh 21 September 2020 menunjukkan Pierre Cardin (tengah) menunggu sebelum tayangan mendedikasikan kerjaya beliau sepanjang 70 tahun di Teater du Chatelet di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda