Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanita bangsa Dusun lafaz Syahadah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 10 NOV – Akhirnya doa anak-anak untuk ibunya memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dimakbulkan Allah SWT.

    Seorang wanita berbangsa Dusun, Unteh binti Latip, 82, telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba guna, Cawangan Tutong, baru-baru ini.

    Bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah memulakan majlis dikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Unteh yang telah memilih nama Islamnya sebagai Nuriteh binti Latip.

    Sementara itu, temu bual media dengan saudara baharu, Nuriteh mengongsikan bagaimana beliau tertarik kepada Islam dan memeluk Islam atas keinginan sendiri, selain ingin mendapat ketenangan hati.

    Katanya lagi, “kebanyakan ahli keluarga dan anak-anak banyak yang sudah memeluk Islam dan ini menguatkan lagi semangat untuk memilih agama Islam sebagai pegangan hidup.

    “Sebaik saja memaklumkan kepada keluarga hasrat untuk memeluk agama Islam, Alhamdulillah, keluarga tiada halangan,” ujarnya.

    Untuk mendalami ilmu agama Islam, beliau telah mengikuti beberapa kursus yang disediakan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI), selain belajar dengan anak menantu serta cucu dari segi bacaan dan zikir-zikir.

    PDI setakat ini telah mencatat jumlah keseluruhan orang yang memeluk Islam dari bulan Januari hingga 1 November adalah 222 orang di mana dari jumlah itu, 112 orang di Daerah Brunei Muara, 56 di Daerah Tutong, 34 orang di Daerah Belait dan 20 orang di Daerah Temburong.

    Gambar ramai Nuriteh bersama keluarga.
    Nuriteh diraikan oleh keluarga di majlis pengislaman yang berlangsung di Dewan Serba guna, Cawangan Tutong, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda