Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perempuan materialistik tidak disukai lelaki

    WAHAI perempuan di luar sana, ketahuilah sesungguhnya kejadianmu terlalu unik. Namun, jadilah insan yang sentiasa mengejar keredhaan Allah S.W.T. Wanita yang berpegang teguh pada agama mempunyai keperibadian yang unggul.

    Sekiranya anda mampu menjaga batas-batas anda sebagai seorang perempuan, anda layak dikagumi oleh insan bernama lelaki. Ilmu agama dan pengetahuan memang selalu saling melengkapi.

    Citarasa seorang manusia berbeza sesama manusia lainnya. Namun, pada kebiasaannya, lelaki mahupun wanita pasti mahu dijadikan insan yang sempurna bagi pasangan masing-masing. Begitulah seorang lelaki, sekurang-kurangnya mendambakan seorang wanita yang mampu mendambat hati untuk dijadikan sebagai isteri mereka.

    Meskipun terdapat beberapa penilaian yang boleh digunapakai oleh lelaki untuk menentukan sama ada gadis yang mereka kenali itu dapat menjadi pilihannya mahupun tidak, tetapi sebagai perempuan, anda seharusnya tahu dan sedar akan beberapa sifat perempuan yang dibenci oleh para lelaki yang patut anda jauhi. Antara sifat perempuan yang paling dibenci para lelaki:

    1.Perempuan yang bersifat kelakian

    Ada sesetengah lelaki, mereka gemar berkawan dengan perempuan yang bersifat kelakian, tetapi, mungkin bagi mereka, perempuan sedemikian, rupa wajah yang mempuyai perwatakan gagah dan tidak gedik, maka senang untuk mereka berkawan dan bergurau, namun, kalau untuk dijadikan teman hidup, jarang sekali yang memilih perempuan seperti ini untuk dijadikan calon isteri mereka.

    Jangankan lelaki, sedangkan perempuan sendiri pun tidak meminati mereka yang mata duitan atau materialistik. Perempuan yang jiwanya sudah sebati dengan ‘wang’ ini tidak mampu hidup dalam keadaan sederhana. Mereka lebih memandang kebendaan, bahkan segala benda juga dinilai dengan wang. – Gambar hiasan
    Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia mudah senyum, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. – Gambar hiasan

    Kajian turut menyatakan bahawa bagi lelaki, perempuan seperti ini telah hilang sifat dan fitrahnya sebagai seorang perempuan.

    2.Perempuan yang tidak mampu menahan lisannya

    Perempuan yang kita kenali, kaya dengan sifat lemah lembut dan keayuan mereka terutama dalam menuturkan kata-kata. Maka tidak hairanlah kalau perempuan sebegini menjadi idaman para lelaki. Bagi lelaki, mereka tidak gemar perempuan yang tidak pandai menjaga tutur kata mereka, sering menggunakan kata-kata yang tidak senonoh ketika berbicara.

    Nak bergurau sekalipun, jaga adab anda sebagai seorang perempuan, kalau dah tutur bahasa sendiri pun mengalahkan kaum lelaki, mereka pun tidak berani mendekati anda.

    4.Perempuan yang mata duitan atau materialistik

    Jangankan lelaki, sedangkan perempuan sendiri pun tidak meminati mereka yang mata duitan atau materialistik. Perempuan yang jiwanya sudah sebati dengan ‘wang’ ini tidak mampu hidup dalam keadaan sederhana. Mereka lebih memandang kebendaan, bahkan segala benda juga dinilai dengan wang.

    5.Perempuan yang suka berbohong

    Apabila terlalu kerap sangat berbohong, sifat itu sudah menjadi seolah-olah sebati dengan jiwa mereka. Berbohong adalah satu sikap buruk yang patut dijauhi, kerana ia dapat menghancurkan segala-galanya. Perempuan yang suka berbohong sangat dibenci lelaki. Ini kerana, sekiranya perempuan ini dijadikan isteri oleh kaum lelaki, kelak tidak mustahil untuk mereka berbuat khianat terhadap suaminya.

    6.Perempuan yang cemburu berlebihan

    Ya, memang betul, perasaan cemburu tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap wanita. Mereka mudah berasa cemburu meskipun tentang perkara remeh sahaja. Namun tak salah pun sekiranya wujud perasaan itu di dalam setiap wanita, tetapi, seharusnya biarlah secara berpada sahaja tahap cemburu itu, jangan terlalu berlebihan pula! Lelaki pun naik jemu nanti sikit-sikit nak cemburu.

    Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti. Namun, apa yang dikongsikan ini tidaklah seratus peratus benar. Sentiasa berusaha untuk menjadi perempuan yang sempurna, kerana ianya sudah menjadi fitrah seorang perempuan yang berperwatakan lemah lembut dan sopan santun serta penuh sifat keayuan. Oleh itu, jadilah wanita yang sempurna dan terbaik di mata seorang lelaki yang dinamakan suami.

    Sikap wanita yang disukai lelaki

    Para wanita sekalian, lihat dan pandanglah, apakah sikap wanita yang menjadi idaman para lelaki. Setiap lelaki mempunyai pendapat masing-masing mengenai wanita idamannya. Tetapi, mustahil ada lelaki yang tidak mahu sikap wanita impiannya seperti yang tertera di bawah ini:

    1.Keibuan

    Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, iaitu lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika mengalami tekanan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.

    2.Keanak-anakkan

    Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Sudah tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati, tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuatkan lelaki lebih merasa selasa.

    3.Penuh pengertian

    Sikap pengertian wanita membuatkan lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

    Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan dan membuat keputusan terus-menerus tanpa berfikir. Sebaliknya dia akan cuba mengerti dan berbincang dengan penuh hikmah pokok pangkal persoalannya.

    4.Menghargai

    Wanita yang tahu menghargai lelaki merupakan wanita idaman setiap lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuatkan lelaki berasa bangga biarpun hakikat hanya untuk mata si wanita itu sahaja.

    5.Menjaga penampilan

    Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia mudah senyum, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

    Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara ti-dak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga orang anak.

    6.Pandai berbicara

    Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik yang disukai berbeza, tetapi wanita tersebut dapat mengimbanginya dengan baik. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respons dan memberi pendapat yang bernas.

    Dia juga dapat menjadi pendengar yang baik, serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang menarik. Selain itu, lelaki mudah tertarik dengan wanita yang pandai bergurau dan pandai berjenaka, juga dapat menerima jenaka lelaki dan berfikiran terbuka.

    7.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri

    Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai yang tinggi di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baharu, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana sahaja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

    8.Menghormati diri sendiri

    Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

    9.Simpati dan prihatin

    Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

    Sifat ini juga menyerlahkan lagi kewanitaannya dan bagi lelaki-lelaki yang melihatnya pasti sejuk hatinya.

    Pasti banyak lagi sikap-sikap wanita yang disukai oleh lelaki. Ini adalah cuma sebahagiannya sahaja. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda