Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perenang negara pamer peningkatan prestasi di Sukan Belia Asia ke-3

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Perenang negara terus mencatat prestasi membanggakan apabila berjaya memecahkan rekod peribadi masing-masing dalam acara akuatik Sukan Belia Asia ke-3 di Kolam Renang Bandar Sukan Khalifa, Manama, Bahrain, semalam.

    Perenang lelaki negara, Danniel Chan telah berjaya mencatatkan rekod peribadi baharunya dalam acara 100 meter (m) kuak lentang lelaki (Saringan 5) dengan catatan masa 1:02.85, namun beliau menamatkan saingan di tempat ketujuh daripada lapan peserta.

    Manakala, dalam acara 100m kuak dada perempuan (Saringan 2), perenang negara, Abbey Wong juga berjaya mencatat masa peribadi baharu 1:21.68, menempatkannya di kedudukan ketujuh daripada lapan peserta.

    Sementara itu, Sharmeen Mohammad Mharvin bertanding dalam acara 100m kuak lentang perempuan (Saringan 4) dan berjaya mencatatkan masa 1:09.42, sekali gus menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada lapan peserta.

    Dalam acara 100m kuak dada lelaki (Saringan 3), Dylan Wong telah menamatkan saingan di tempat terakhir dengan catatan masa 1:15.54.

    Acara tersebut merupakan kesinambungan usaha kontinjen negara untuk meningkatkan prestasi di pentas antarabangsa, dengan setiap perenang mempamerkan semangat juang tinggi walaupun menghadapi saingan sengit.

    Danniel Chan semasa beraksi pada acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKRETARIAT KONTINJEN BRUNEI PADA SUKAN BELIA ASIA KE-3, MANAMA, BAHRAIN
    GAMBAR SERAHAN SEKRETARIAT KONTINJEN BRUNEI PADA SUKAN BELIA ASIA KE-3, MANAMA, BAHRAIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda