Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Perenang kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Christian Nikles yang menyertai Sukan SEA ke-32 di Kemboja berjaya memecahkan rekod peribadi dan rekod kebangsaan dalam dua acara yang disertainya kelmarin dan awal hari ini.
Christian Nikles yang tampil dalam acara renang 50 meter gaya bebas individu pada peringkat preliminary heat pagi tadi berjaya mencatatkan masa 24.23 saat sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dalam acara yang sama iaitu 24.33 saat yang dipegang oleh dirinya sendiri.
Walau bagaimanapun beliau yang hanya menduduki tempat ke-15 daripada 18 perenang dan tidak berjaya lolos ke pusingan akhir.
Di samping itu, Christian Nikles yang bertanding dalam acara renang 100 meter gaya bebas turut berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan masa 54.08 saat di mana masa terbaiknya sebelum ini ialah 54.64 saat.
Seorang lagi perenang negara, Awang Nur Haziq bin Samil yang mengambil bahagian dalam acara yang sama 100 meter gaya bebas, juga berjaya memperbaiki masa peribadinya dengan catatan masa 55.21 saat.