Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perenang para Brunei berlepas ke KL

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Perenang para Negara Brunei Darussalam, Awang Mohd Danial Hakim bin Harjimmey akan mewakili negara dalam Litar Renang Para Malaysia yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur (KL), Malaysia, sehingga 10 Mac nanti.

    Beliau diiringi oleh pengurusnya, Awang Harjimmey Zainal. Beliau akan mengambil bahagian dalam acara 50m dan 100m gaya bebas, 50m kuak lentang, 50m kuak dada dan 50m kuak rama-rama.

    Awang Mohd Danial Hakim semasa ditemu bual berkata,“Semoga dengan penyertaan atlet para di acara berprestij ini, pembangunan sukan para untuk orang kelainan upaya (OKU) akan menarik lebih ramai OKU untuk terlibat dalam sukan para di Brunei.”

    Awang Mohd Danial Hakim semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam. – GAMBAR SERAHAN BDSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda