Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perez juara GP Azerbaijan

    BAKU, AZERBAIJAN, 30 APRIL – Sergio Perez mengambil kesempatan daripada kereta keselamatan untuk menewaskan rakan sepasukannya, Max Verstappen untuk memenangi Grand Prix (GP) Azerbaijan hari ini.

    Ini ditambah dengan saingan pecut yang dimenanginya sehari sebelumnya, ketika Red Bull mengekalkan rentak kemenangan pada 2023.

    Verstappen memulakan saingan di petak kedua di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc namun memintasnya di penghujung pusingan ketiga, pusingan pertama di mana pemandu dibenarkan menggunakan sistem bantuan memintas DRS di sayap belakang.

    Perez mengambil kesempatan apabila kemalangan dialami Nyck de Vries menyebabkan kereta keselamatan dibawa keluar selepas jentera AlphaTauri dipandunya terbabas, tidak lama selepas Verstappen singgah di pitstop dan mendahului.

    Dengan kereta keselamatan itu bermakna Perez dan Leclerc mempunyai masa berhenti yang lebih singkat dan berjaya mendahului Verstappen.

    Selepas itu, kedua-dua pemandu Red Bull tersebut mula berpecah daripada kumpulan dan memecut ke garisan penamat. Pasukan Red Bull memenangi kesemua perlumbaan GP pada musim ini dan saingan pecut di Baku, kelmarin.

    Leclerc berada di tempat ketiga untuk terus memulihkan kedudukan selepas permulaan hambar tahun ini.- AP

    Aksi Sergio Perez memandu di litar Baku, Azerbaijan, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda