Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Perez juara GP F1 Singapura

    SINGAPURA, 3 OKT – Pelumba Red Bull, Sergio Perez muncul juara Grand Prix Formula 1 (F1) Singapura 2022, selepas mengharungi perlumbaan yang sengit dengan Charles Leclerc dari Ferrari yang menduduki tangga kedua.

    Pelumba Mexico itu menjadi pemandu pertama merangkul juara kedua-dua Grand Prix Monaco dan Singapura untuk musim sama sejak Sebastian Vettel memenanginya pada 2011.

    “Itu persembahan terbaik saya (dalam F1). Tiga pusingan terakhir begitu sengit. Saya memberikan segala-galanya untuk menang,” kata Perez selepas perlumbaan yang berlangsung sebelah malam itu.

    Sementara itu, Lewis Hamilton dari Mercedes yang pernah memenangi F1 Singapura empat kali, sekadar menduduki tempat kesembilan.

    Perlumbaan diadakan di Litar Marina Bay Street sepanjang 5.063 kilometer (km) di sini dengan Pierre Gasly dari AlphaTauri melengkapkan senarai 10 teratas, dalam perlumbaan yang menyaksikan hanya 14 pelumba berjaya ke garisan penamat. – Bernama

    Sergio Perez semasa meraikan kemenangan di podium selepas perlumbaan Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay Street di Singapura pada 2 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...