Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perez pimpin parti Demokrat

    WASHINGTON, 26 Feb – Demokrat pembangkang semalam memilih Tom Perez sebagai pemimpin baru mereka, dengan memilih anggota dalam penubuhan itu untuk mengetuai usaha menentang Presiden Donald Trump dan Kongres Republikan.

    Perez, setiausaha buruh di bawah bekas presiden Barack Obama dan pemimpin parti berketurunan Hispanik-Amerika, segera melantik pemenang kedua dalam persaingan itu, iaitu ahli undangan berhaluan kiri, Keith Ellison, sebagai timbalan pengerusi parti itu.

    “Satu hari, mereka akan mengkaji era ini dalam sejarah Amerika dan mengajukan pertanyaan, tentang kami semua, di mana kamu pada tahun 2017 bila kita mempunyai presiden teruk dalam sejarah AS,” kata Perez, 55 tahun.

    “Dan kami akan dapat mengatakan, parti bersatu Demokratik telah mengetuai penentangan , memastikan presiden ini adalah presiden satu penggal dan memilih Demokrat di seluruh negara.”

    Ellison, berketurunan Afrika-Amerika dan berusia 53 tahun iaitu orang Islam pertama dilantik dalam kongres AS, memberi amaran bahawa “kami tidak mempunyai keselesaan untuk berjalan keluar dari bilik ini dalam perpecahan.”

    Tom Perez (kiri) dan Keith Ellison yang kini sebagai peneraju parti Demokrat di AS. – AFP
    Tom Perez (kiri) dan Keith Ellison yang kini sebagai peneraju parti Demokrat di AS. – AFP

    Persaingan tentang siapa akan mempengerusikan Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat (DNC) nampaknya ada kalanya persaingan proksi antara para penyokong calon presiden Demokrat yang kalah dalam pilihan raya 2016, Hillary Clinton dan saingan utamanya, Bernie Sanders.

    Perez, yang telah meraih 235 undi berbanding 200 yang diraih Ellison penyokong kuat Sanders dilihat sebagai pemilihan penubuhan.

    Calon ketiga, Datuk Bandar South Bend, Indiana, Pete Buttigieg seorang gay, berusia 35 tahun yang juga ilmuan Rhodes dan veteran tentera disingkir dalam persaingan sebelum pengundian, yang diadakan di Atlanta, Georgia.

    Tidak seperti negara-negara demokrasi lain, ketua-ketua dua parti utama AS memiliki pengaruh sedikit ke atas dasar yang para ahli undangan parti yang mengetuai memegang pengaruh lebih.

    Namun peranan belakang tabir ini memperlihatkan kepentingan lebih besar ekoran kekalahan Clinton yang mengejutkan pada tahun 2016, dan ketika Demokrat bersiap sedia bagi pilihan raya penggal pertengahan pada tahun depan dan pengundian presiden 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda