Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perez sertai Roma

    MADRID, 30 JAN – Penyerang Barcelona Carles Perez telah menyertai Roma bernilai 15.5 juta euro, kelab Sepanyol itu mengumumkan.

    Roma akan membayar Barca 1 juta euro untuk pinjaman awal hingga 30 Jun. Perjanjian itu termasuk pilihan wajib untuk pembelian pada perpindahan musim panas berjumlah 11 juta euro, dengan bayaran tambahan 3.5 juta euro.

    Barcelona juga akan mengekalkan penolakan jika Roma mahu menjual Perez pada masa depan.

    “Saya tahu saya meninggalkan kelab yang sangat penting, Barcelona tetapi saya menyertai kelab yang juga sama penting iaitu Roma,” kata Perez.

    Pemain Sepanyol itu datang melalui akademi belia Barca dan beraksi di La Liga bersama jurulatih Ernesto Valverde musim lalu. Namun hanya bermain 12 kali musim ini, pemecatan Valverde meletakkan masa depan Perez dalam keraguan dan jurulatih baharu Quique Setien telah bersetuju untuk menjual pemain berusia 21 tahun itu.

    Dia menyertai pasukan Roma yang duduk di tangga keempat di Serie A dan dengan cita-citanya untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

    “Kami sangat puas dengan ketibaan Carles di Rom,” kata ketua eksekutif kelab, Guido Fienga.

    “Carles mengetahui itu salah satu akademi belia yang terbaik di Eropah, dan telah bermain untuk sebuah kelab dengan bakat yang begitu banyak. Kita semua berharap dia dapat memainkan peranan penting dalam skuad kita.” – AFP

    Carlez Perez bersama jersi kelab baharunya telah menyertai kelab AS Roma. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda