ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
DI tengah-tengah perkembangan tamadun manusia di antara sistem-sistem solar di alam semesta, koloni-koloni dunia baru sentiasa bergelut.
Setiap kehidupan di planet-planet baru seumpama telur di hujung tanduk. Antara mereka akan berjaya atau musnah begitu sahaja, dan kru-kru kapal angkasa tua, Rocinante berhempas pulas untuk mengekalkan keamanan yang rapuh.
Di angkasa raya di antara bumi dan Jupiter, planet-planet telah membentuk sebuah persekutuan yang tidak menentu kerana masih dibayangi dengan sejarah hitam peperangan dan juga prejudis. Laconia, musuh dalam selimut, mempunyai visi yang baru untuk manusia sejagat dan kuasa untuk menjadikannya sebagai kenyataan.
Teknologi-teknologi baru bertembung dengan yang lama sementara sejarah konflik manusia kembali ke coraknya yang lama melalui peperangan dan penindasan.
Akan tetapi, sifat manusia bukanlah satu-satunya musuh yang nyata, semuanya mempunyai harga yang harus diayar. Harga yang akan mengubah manusia sejagat, termasuk kru-kru Rocinante buat selama-lamanya.