Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pergi kerja atau daki gunung?

    KOTA KINABALU, 26 MAC – Berita tentang seorang lelaki yang berjaya mendaki Gunung Kinabalu dengan memakai baju sut lengkap adalah benar.

    Platform media sosial telah dibanjiri dengan gambar dan video lelaki tersebut di puncak Gunung Kinabalu dengan memakai baju sut biru yang dijahit khas.

    Beliau ialah seorang tukang jahit Jepun, Nobutaka Sada, berusia 49 tahun dari Tokyo, yang berjaya mencapai puncak baru-baru ini.

    Dalam pos Facebook, bapa kepada dua orang anak itu berkata beliau melakukannya untuk menunjukkan kebolehan sut jenama SADA yang tahan lasak dan selesa.

    “Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo, dengan baju sut dari SADA!” kata Nobutaka dalam posnya.

    Beliau juga berkongsi bahawa Gunung Kinabalu, setinggi 4,095 meter, adalah lebih tinggi daripada Gunung Fuji di Jepun dan dia berjaya mendaki cerunnya yang curam dan menikmati keindahannya. – ANN/The Star

    Nobutaka bergambar bersama baju sut birunya yang dijahit khas di puncak Gunung Kinabalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda