Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perhimpunan Agung PBB terima pakai lima resolusi memihak kepada Palestin

    NEW YORK, 8 DIS – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan solidariti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin.

    Resolusi pertama membabitkan usaha menghantar bantuan kepada pelarian Palestin manakala resolusi kedua memberi tumpuan kepada operasi Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), menurut agensi berita Palestin, WAFA.

    Resolusi ketiga pula berkaitan dengan harta milik pelarian Palestin dan pendapatan yang diperoleh daripadanya manakala resolusi keempat mengenai usaha menangani penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan Golan yang diduduki oleh Syria.

    Resolusi kelima pula membabitkan aktiviti Jawatankuasa Khas untuk Menyiasat Tindakan Israel yang Melanggar Hak Asasi Manusia Bangsa Palestin dan Arab Lain di wilayah yang diduduki.

    Wakil Tetap Palestin di PBB, Riyad Mansour menyatakan penghargaannya terhadap sokongan dan solidariti antarabangsa yang semakin meningkat, khususnya berkaitan isu pelarian Palestin, lapor WAFA. – Bernama

    Perhimpunan Agung PBB kelmarin menerima pakai lima resolusi yang memihak kepada perjuangan Palestin, mencerminkan soladiriti dunia terhadap perjuangan berterusan Palestin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...