Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perhimpunan dekatkan keluarga di seberang sempadan

    Oleh Rokiah Mahmud –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Kira-kira 350 ahli keluarga Allahyarham Taha bin Sulong dan Hamsah Nibong telah menghadiri perhimpunan keluarga pertama yang digelar sebagai Warisan Purih Taha Sulong di Dewan Serbaguna Kampung Dato’, Kuala Lawas, Sarawak, Malaysia.

    Majlis itu bukan sahaja menghimpunkan mereka yang tinggal di Lawas dan Sabah, malah turut dihadiri ahli keluarga yang tinggal di Negara Brunei Darussalam.

    Wakil daripada Purih Dayang Napsiah binti Taha, Haji Othman bin Haji Aliassan dari Negara Brunei Darussalam, dalam ucapannya merakamkan rasa syukur kerana dapat hadir ke majlis tersebut dan akhirnya dapat mengenali lebih dekat warisan keluarga mereka serta berinteraksi dengan ahli-ahli yang berusia dan generasi muda.

    Beliau juga berharap perhimpunan itu akan diteruskan, mengenali ahli keluarga lain yang tidak dapat menghadiri perhimpunan kali ini.

    Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan majlis keluarga tersebut.

    Sebahagian keluarga yang menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ALIASSAN
    Perwakilan ahli purih yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ALIASSAN
    Haji Othman dan ahli keluarganya semasa menghadiri majlis perhimpunan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN HAJI OTHMAN BIN HAJI ALIASSAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda