Wednesday, January 15, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perhimpunan keluarga erat silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Pembukaan tahun baharu 202, sudah pasti diisi dengan pelbagai aktiviti yang antara kembali ke sekolah anak-anak, aktiviti riadah dan bersukan bersama keluarga.

    Sehubungan itu, keluarga Pengiran Haji Damit dan Pengiran Maimunah iaitu Keluarga DaMai telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang diadakan di Nadi Utama Restoran dan Catering di Sumbiling Lama di ibu negara baru-baru ini.

    Majlis berkenaan diisi dengan bacaan tahlil dan doa arwah serta Doa Kesyukuran.

    Wakil keluarga DaMai, Pengiran Haji Alit dalam ucapan ringkas merakamkan kesyukuran atas rezeki sambutan perhimpunan keluarga besar berkenaan yang dibuat setiap tahun.

    “Beberapa aktiviti juga akan diungkayahkan pada tahun ini dalam menyatukan dan mengeratkan tali silaturahim di kalangan keluarga DaMai,” tambahnya.

    Gambar ramai ahli keluarga pada majlis berkenaan.- GAMBAR SERAHAN PENGIRAN HAJI ALIT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda