Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perhimpunan keluarga semarakkan Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Seramai 340 orang terdiri daripada Keluarga Besar Asiah binti Kaleh @ Salleh dan Awang Lakim bin Sidek telah mengadakan majlis perhimpunan yang berlangsung di sebuah hotel di Jerudong, baru-baru ini.

    Majlis penuh keceriaan dan kemeriahan adalah antara peristiwa yang dinanti-nantikan yang diadakan buat julung kalinya itu telah dianjurkan oleh waris keturunan Asiah.

    Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Majlis, Haji Abdul Rahman bin Haji Lahap antaranya mengongiskan majlis berkenaan bagaikan sebuah kesinambungan daripada kejayaan mereka dalam menghasilkan ‘pohon keluarga’ bagi generasi datuk moyang keluarga besar tersebut.

    Dengan merakamkan kesyukuran, beliau menambah keturunan Dayang Asiah dan Awang Lakim itu sehingga ke saat ini telah melahirkan enam generasi secara keseluruhannya terdiri daripada generasi Awang Safar, Dayang Siti Ajar, Hajah Jauyah, dan Hajah Rokiah.

    Majlis perhimpunan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di salah sebuah hotel di Jerudong, baru-baru ini. – GAMBAR-SERAHAN KELUARGA BESAR ASIAH DAN LAKIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda