LONDON, 27 MEI – Penulis Bram Stoker hanya memikirkan makhluk yang dahagakan darah apabila satu kunjungan ke bandar Yorkshire Whitby mencetuskan inspirasi dalam penulisan novel ‘Dracula.’
Namun sempena menyambut ulang tahun ke-125 penerbitan buku yang menyeramkan itu, 1,369 orang telah berkumpul untuk memecah rekod untuk perkumpulan puntianak terbesar. Mereka perlu berdiri bersama di tempat sama selama lima minit untuk membolehkan mereka memecah rekod Guinness, yang sebelum ini mencecah pada 1,039 orang yang dicatat pada acara 2011 di negeri Virginia di Amerika Syarikat.
Syarat-syarat kostum adalah ketat: peserta perlu memakai kasut hitam, seluar atau gaun hitam, weskot, kemeja, mantel hitam atau ‘kot labuh berkolar’ – dan sudah tentunya gigi taring.
”Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah datang ke Whitby Abbey untuk membantu ia menjadi kenyataan – awda semua kelihatan hebat sekali,” kata penganjur English Heritage di Twitter selepas acara petang semalam.
Buku ‘Dracula’ pertama diterbitkan pada 1897, tujuh tahun selepas Stoker melawat bandar tepi pantai di utara England dan menerima inspirasi kreatif daripada persekitaran era Gothic abad ke-11. – AFP
