Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perhimpunan solidariti Palestin di beberapa negara Eropah

    GENEVA, 15 OKT – Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin, ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

    Beratus-ratus berhimpun di Stockholm kelmarin sebagai membantah serangan Israel terhadap wilayah berkenaan, lapor agensi Anadolu.

    ‘Free Palestine’, ‘Free Jerusalem’ dan ‘Freedom for Gaza’ dilaungkan dan bendera Palestin dikibarkan oleh rakyat Sweden, Palestin, Arab dan dari pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur. Di Dublin, beribu-ribu peserta perhimpunan menyuarakan sokongan terhadap  Palestin, sambil melaungkan slogan ‘Palestine will be free’ dan ‘Occupation no more’.

    Mereka juga membawa bendera dan sepanduk Palestin, menuntut kepungan di Gaza dihentikan.

    Sentimen yang sama bergema di Scotland, dengan ribuan orang turun ke jalanan di Glasgow, bagi menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

    Protes besar-besaran di Milan mempamerkan mesej yang sama, ‘Free Palestine’. Di Berlin, polis tidak membenarkan demonstrasi bagi menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda