Friday, March 21, 2025
22.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Perhubungan darat lebih efisien Sabah-Sarawak-Kalimantan

JAKARTA, 6 DIS – Malaysia merancang mewujudkan satu sistem perhubungan darat yang lebih efisien, bagi menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan ibu kota baharu Indonesia, yang dirancang dibangunkan di Kalimantan Timur.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata ia adalah bagi merancakkan lagi potensi ekonomi dan peluang-peluang baharu, untuk kepentingan kedua-dua negara.

“(Menerusi kerajaan negeri) Sabah dan Sarawak, (kita) membuat perancangan pembangunan, dan memperpanjangkan perjalanan (jalan darat di kedua-dua negeri itu), agar lebih efisyen, khususnya untuk menghubungkan bandar-bandar di Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat peringkat menteri pengangkutan ke-12 bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di Jakarta, hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda