Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Perikatan ketahanan kemarau global dilancar

    SHARM EL-SHEIKH, MESIR, 8 NOV – Pemimpin dari hampir 50 negara dan organisasi global pada Isnin melancarkan Perikatan Ketahanan Kemarau Antarabangsa sempena COP27 yang sedang berlangsung demi membantu pelbagai negara siap siaga menghadapi kemarau pada masa hadapan, lapor Xinhua.

    Diasaskan oleh Senegal dan Sepanyol, pakatan itu ditubuhkan sebagai penyelesaian khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap kesan perubahan iklim, menurut Perikatan itu dalam satu kenyataan.

    “Misi perikatan itu adalah untuk memberi dorongan politik agar tanah mampu berdaya tahan terhadap kemarau dan perubahan iklim,” menurut Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez bersama Presiden Senegal Macky Sall pada Isnin.

    “Kemarau adalah ancaman semula jadi tetapi tidak semestinya membawa bencana kepada manusia.

    “Penyelesaiannya sudah tersedia, dan kita boleh mencipta dunia yang tahan kemarau dengan meningkatkan cita-cita, memanfaatkan kehendak politik serta bergabung tenaga,” kata Ibrahim Thiaw, setiausaha eksekutif Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Memerangi Penggurunan.

    Perikatan itu akan disokong oleh komitmen politik baharu, termasuk dana permulaan berjumlah 5 juta euro yang diumumkan oleh Sepanyol bagi menyokong tugas dan memangkin proses menggerakkan lebih banyak sumber untuk menjayakan agenda ini, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Macky Sall bercakap pada Sidang kemuncak Iklim PBB COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...