Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perikatan pelabuhan perangi jenayah dadah

    BRUSSELS, 21 JAN – Penyeludup dadah di Kesatuan Eropah (EU) telah menjadi ‘sangat kreatif’ sehingga pelabuhan laut dalam blok itu harus bergabung tenaga untuk memerangi taktik mereka yang sentiasa berubah, kata Menteri Dalam Negeri Belgium, Annelies Verlinden kepada AFP.

    Idea itu akan dipromosikan pada Rabu ini, apabila Verlinden, bersama Suruhanjaya Eropah, akan bertemu dengan wakil-wakil utama dari kira-kira 20 pelabuhan EU, pegawai Europol, menteri dalam negeri lain dan eksekutif pengangkutan laut untuk melancarkan Perikatan Pelabuhan Eropah.

    Perasmian itu akan berlangsung di Antwerp, bandar pelabuhan Belgium yang merupakan pintu masuk utama bagi kokain yang diseludup ke Eropah.

    Walaupun pemeriksaan telah dipertingkatkan, rampasan kokain di pelabuhan Antwerp yang luas setiap tahun sentiasa memecahkan rekod. Tahun lepas, sebanyak 116 tan dadah telah dirampas di sana. Dan Antwerp sering dibelenggu oleh keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan yang saling berebut penyeludupan yang sangat menguntungkan itu.

    Para penyeludup ‘sentiasa sangat kreatif dan itulah cabaran kita mereka tidak menghiraukan undang-undang mengenai masa bekerja, hak privasi, sempadan’, kata Verlinden. “Jadi kita perlu bekerjasama untuk jadi berkesan,” katanya. “Kita perlu mewujudkan rangkaian ini untuk memerangi jenayah terancang.”

    Perikatan pelabuhan tersebut bertujuan untuk membanteras kedua-dua penyeludupan dan penyusupan pelabuhan oleh rangkaian jenayah.

    Sokongan sektor swasta diperlukan kerana langkah-langkah yang akan diambil boleh memberikan kesan kepada perdagangan yang sah, jadi ‘keseimbangan’ yang baik perlu dicari, kata menteri Belgium itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...